7 TIPS UNTUK ELAK BELANJA LEBIH BELI BARANG MAKE-UP! – Chique Cosmetics

7 TIPS UNTUK ELAK BELANJA LEBIH BELI BARANG MAKE-UP!


Hi girls ! Pernah tak korang rasa teringin sangat untuk terjebak dalam dunia makeup tapi wang di bank atau purse tidak mengizinkan? Atau pernah ke korang rasa clueless dan tak tahu barang apa yang bagus dan perlu beli untuk berjinak dalam dunia makeup.

Memandangkan ramai yang request, hari ini Qis akan share beberapa tips dan beri panduan/bantuan kepada you girls yang nak berjinak dengan makeup TANPA berbelanja berlebihan untuk alatan makeup. Qis akan share dengan korang cara untuk berjimat dalam pembelian barang makeup dan recommend hanya product yang pentingbagus dan murah untuk korang especially untuk makeup beginners. (Tips number 6 paling membantu & penting)

 

TIPS 1 :

Prep kulit dengan cara yang betul sebelum makeup untuk elakkan penggunaan bahan makeup berlebihan & memberi hasil makeup lebih cantik, kemas & tahan lama

 

 

 

4 proses di atas sebelum aplikasi makeup adalah penting untuk memastikan hasil makeup anda menjadi kemasflawlesstidak bercampuk dan tahan lama sehingga lebih 12 jam. Memang tips ini Qis dapat daripada banyak professional makeup artis yang terkenal di Malaysia. Tidak kira brand apa yang anda guna , tapi pastikan produk tersebut selamat dan sesuai dengan jenis kulit muka anda . Jika anda mempunyai jenis kulit yang berminyak , pasti kan pencuci muka, toner dan pelembab juga yang sesuai untuk kulit berminyak dan ect. 

Terdapat pelbagai jenis pembersih muka , toner, pelembab dan sunscreen yang murah dan mudah didapat di semua cawangan Watsons & Guardian.

Dengan tips ini , anda dapat jimat dari segi penggunaan bahan makeup supaya bahan makeup tidak cepat habis.

 

TIPS 2 :

Gunakan lipstick merah atau orange/coral untuk tutup parut jerawat, dark circles dan sebagainya

 

 Kadangkala teknik mekap dengan mengoles terlalu banyak bedak asas juga tidak mencukupi, malah mekap kamu akan kelihatan cakey. Tentu sekali petua tradisional seperti meletakkan uncang teh ke mata sangat mujarab, tetapi ia mengambil masa 2-3 tiga hari untuk pulih, sedangkan anda ada temu janji bersama teman lelaki malam ini.

Teknik mengoles lipstik warna merah sebelum memakai bedak asas menjadi popular untuk menutup eye bags. Bukan sahaja ia akan hilang serta-merta (teknik mekap bukan petua tradisional), malah menaikkan seri wajah anda.

Dengan menggunakan tips ini, anda tidak lagi perlu berbelanja untuk membeli 'colour corrector' yang terdapat di pasaran yang mempunyai sama texture dan kandungan bahan seperti lipstick merah/orange. Jimat kan !

 

TIPS 3:

Apply concealer SEBELUM foundation

 

 

Mesti anda hairan dengan tips ini kan? Tetapi ini ialah salah satu tips yang Qis dapat dari kelas professional makeup artist.  Cara ini untuk pastikan kita dapat 'canvas' yang bersih kerana segala cela dan kekurangan wajah seperti jerawat, parut dapat hilang dengan penggunaan concealer , lalu ia mengurangkan penggunaan foundation yang berlebihan. Dengan kaedah ini, kita hanya perlu pakai satu pam foundation untuk keseluruhan muka. Penggunaan foundation yang terlalu tebal pon boleh buatkan makeup jadi bercapuk dan cakey. 

Dengan menggunakan tips ini , anda dapat berjimat dari segi penggunaan foundation yang menelan kos  yang lebih tinggi dari concealer

 

TIPS 4:

Pilih BB Cushion yang refillable sebagai base makeup harian anda

 

Bagi makeup beginners , BB cushion ialah base yang terbaik untuk solekan harian anda. Ini kerana produk ini bukan saja berupaya untuk memberi litupan sempurna namun turut merawat kulit agar menjadi lebih segar dan sihat. Bekas kompak yang hadir dengan span mampu meresap formula bedak asas ini yang mana memberikan litupan ringan dan manfaat penjagaan kulit seperti perlindungan UV, penghidratan, kawalan pori-pori, pencerahan dan bahan-bahan anti-penuaan.

 Selain manfaat penggunaannya, bedak asas cecair yang hadir dalam bekas kompak menjadi salah satu kelebihan kerana ia mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Apabila bercuti tentunya litupan yang ringan tapi menyeluruh menjadi pilihan. Tapi ia tidaklah bermakna untuk anda simpan kala bercuti sahaja, di Korea, ramai wanita yang membawanya di dalam bag ke mana saja. Fungsinya adalah untuk ‘touch up’ serta perlindungan UV yang efektif.

 Walaupun begitu, terdapat banyak pilihan BB Cushion yang terdapat di pasaran. BB cushion ialah bahan makeup yang dipakai hari hari, oleh itu kita sebagai pengguna harus bijak memilih bb cushion dari segi kualiti dan juga harga yang berpatutan. Adalah amat disarankan supaya anda memilih BB Cushion yang juga terdapat Pek Refill supaya anda dapat mengurangkan kos perbelanjaan makeup bulanan.

 

TIPS 5:

 Kenal pasti penggunaan Make Up Sponge yang betul

 

Tahukah anda, cara penggunaan sponge makeup yang salah boleh menyebabkan kita menggunakan produk (contoh : foundation) secara berlebihan dan boleh menyebabkan pembaziran?

Untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku , pastikan anda apply foundation di permukaan kulit anda BUKAN di permukaan sponge. Jika anda apply di sponge, banyak product akan diserap masuk ke dalam sponge dan hanya sedikit di permukaan kulit kita. 

Selain itu , teknik dab secara lembut ialah teknik yang tepat untuk penggunaan makeup sponge. Pastikan anda dab foundation keseluruhan muka secara sangat lembut bagi mengelakkan product foundation diserap balik ke dalam sponge.

Dengan cara ini , kita dapat mengurangkan penggunaan foundation. Melalui kaedah aplikasi yang betul , satu pam foundation amat mencukupi untuk keseluruhan muka dan leher.

 

TIPS 6:

Memilih produk yang multi fungsi, berkualiti bagus dan travel friendly

 

Kami suka palet eyeshadow  yang berkualiti tinggi, tetapi set makeup 5 in 1 (semua dalam satu) adalah lebih berguna dan jimat. Sama ada untuk di bawa travel atau untuk diletakkan dalam handbag anda, makeup palette yang mempunyai fungsi untuk makeup mata dan muka sangat baik untuk dilaburkan terutama kepada makeup beginners, students mahupun wanita yang berkerjaya. Tetapi sangat sukar untuk mencari palet makeup 5 in 1 yang berkualiti tinggi dan mempunyai pilihan warna yang sempurna. Di sini , kami sertakan antara makeup palette favourite kami, "Le Macaroons Quintet Palette" dari Chique Cosmetics

 

  • 5 fungsi dalam 1 
  • Garis Panduan untuk pemilihan warna eyeshadow

 

 

Makeup Palet ini di design khas untuk makeup beginners kerana ia mempunyai pelbagai fungsi lengkap seperti eyeshadow, blusher, contour, highlighter, eyebrow powder dan juga pressed glitter. Selain itu, palette ini mempunyai feature yang sangat special iaitu garis panduan untuk pemilihan warna eyeshadow seperti tentera pada image di atas. So, makeup beginners tidak akan mempunyai masalah atau alasan lagi untuk tidak tahu nak apply colour apa untuk eyeshadow dan sebagainya. Best kan?

 

  • Basic tutorial disediakan di belakang palette

 

 

Bukan setakat itu sahaja , palet ini dilengkapi dengan basic makeup tutorial yang disediakan di belakang palet sahaja, mudah untuk refer pada bila bila masa.

 

  •  Quality yang sangat bagus dan pigmented

 

 

  •  Size travel friendly (muat masuk handbag/makeup pouch)
  • Dilengkapi dengan cermin

Sizenya compact dan kecil , boleh di masukkan dalam handbag atau makeup pouch. Oleh itu, ia sangat sesuai bagi wanita berkerjaya atau students untuk sentiasa bawa ke mana sahaja untuk touch up.

 

 

 

 

 

TIPS 7:

Make up tools : Kenal pasti makeup tools yang penting & berguna

 

Anda mesti pernah lihat set brush yang dijual di pasaran yang mempunyai 24 jenis brushes dalam satu set kan ? Percaya atau tidak , untuk aplikasi makeup asas, bukan kesemua 24 brushes itu akan kamu gunakan terutama dalam aplikasi eyeshadow. 

Oleh itu, anda perlu bijak dari segi pemilihan brush. Percaya atau tidak , hanya 5 brushes penting untuk aplikasi makeup terutama untuk makeup beginners. Oleh itu , amat disarankan anda membeli makeup brush yang dijual secara 'loose' dan hanya membeli mengikut keperluan .

Contoh untuk jimat :

1.Jika anda apply foundation menggunakan makeup sponge, anda tidak perlu beli foundation brush.

2.Pilih 2/3 brushes yang penting untuk aplikasi eyeshadow (basic eyeshadow brush & medium sized fluffy blending brush)

3.Pilih brush yang boleh multi fungsi - Blush brush boleh di kepitkan untuk aplikasi contour